Saturday, 28 January 2012

Jenis bateri dan pengaratan besi.

Tugasan:
1.    Bincangkan tentang jenis- jenis bateri.
2.    Faktor yang mempengaruhi pengaratan besi.
3.    Bincangkan kaedah untuk mengelakkan pengaratan besi. 

Jawapan:
1.    Bincangkan tentang jenis- jenis bateri.
Terdapat pelbagai jenis bateri. Antaranya adalah seperti:
-       Akumulator asid plumbum.
Digunakan dalam kenderaan bermotor seperti kereta, motorsikal, lori, bas dan sebagainya. Kebaikan sel ini ialah ia boleh dicas semula, menghasilkan arus yang lebih tinggi, dan voltan yang terhasil adalah malar. Kelemahan sel ini ialah asid mudah tertumpah, berat kerana ia bersaiz besar, mahal, air sulingnya perlu ditambah dari masa ke semasa,dan kepingan plumbum mungkin mengakis jika telah lama digunakan di bawah keadaan panas.
-       Sel alkali
Kegunaannya hampir sama dengan sel kering iaitu digunakan untuk lampu suluh, jam, alat mainan dan sebagainya cuma ianya menghasilkan tenaga elektrik yang lebih tinggi dan tahan lebih lama daripada sel kering. Kebaikan sel ini ialah bersaiz kecil, mudah dibawa, lebih tahan lama, dan tiada tumpahan elektrolit. Kelemahan sel ini ialah mahal, tidak boleh dicas semula, dan mudah bocor apabila lama digunakan.
-       Sel kering
Digunakan untuk peralatan elektrik yang bervoltan rendah seperti lampu suluh, radio, jam, alat mainan dan sebagainya. Tidak menggunakan sebarang cecair. Kebaikannya ialah tiada tumpahan elektrolit, mudah dibawa, murah, bersaiz kecil, dan voltan yang malar. Kelemahannya ialah tidak dapat dicas semula, menghasilkan arus rendah, dan elektrolit keluar melalui pembalut zink yang bocor setelah sel lama digunakan.
-       Sel merkuri
Digunakan pada peralatan yang menggunakan voltan yang tinggi dalam jangka masa yang lama seperti kamera dan alat permainan berkuasa tinggi. Kebaikan sel ini ialah mudah dibawa kerana bersaiz kecil, lebih tahan lama daripada sel kering dan sel alkali, dan menghasilkan voltan yang agak malar dalam jangka masa yang lama sebab tiada pengutuban sel. Kelemahan sel ini ialah tidak boleh dicas semula dan menghasilkan arus yang rendah.
-       Sel nikel kadmium
Biasanya digunakan untuk peralatan tanpa wayar seperti telefon mudah alih, alat permainan, kamera digital, radio dan sebagainya. Kebaikan sel ini ialah cas tidak hilang walaupun digunakan untuk jangka masa yang panjang, tidak mudah bocor, elektrolitnya tidak tumpah, air tidak perlu ditambah, menghasilkan voltan yang malar, tahan lebih lama daripada akumulator asid plumbum, mudah dibawa kerana bersaiz kecil, dan boleh dicas semula. Kelemahan sel ini ialah harganya mahal.
-       Nickel- metal hydride (NiMH)
Digunakan untuk peralatan elektronik yang kerap digunakan dan memerlukan tenaga elektrik yang tinggi. Contoh peralatan yang biasanya menggunakan bateri ini adalah seperti kamera, telefon bimbit, pemain MP3, dan  kenderaan hibrid (kenderaan yang menggunakan lebih dari satu sumber kuasa).
-       Lithium- ion (Li-ion)
Biasanya digunakan dalam peralatan elektronik mudah alih yang memerlukan kapasiti tenaga yang tinggi, tidak memberi kesan kepada memorinya dan kehilangan cas yang perlahan. Contoh peralatan yang biasa menggunakan bateri ini adalah seperti komputer riba, telefon bimbit, kamera digital, pemain MP3 dan sebagainya.
-       Lithium- polymer (Li- Poly)
Bateri ini dibentukkan dalam apa saja bentuk. Ia digunakan dalam telefon bimbit, pengawal radio pesawat udara, pengawal radio kereta, dan sesetengah komputer riba.
-       Sel bahan api
Digunakan sebagai sumber tenaga dalam lokasi- lokasi kawalan seperti pesawat angkasa, stesen cuaca, kawasan pedalaman dan untuk sesetengah aplikasi ketenteraan. Juga digunakan dalam kenderaan seperti bas dan kereta.
-       Sel solar
Digunakan untuk menukarkan tenaga matahari kepada tenaga elektrik. Biasanya ia digunakan dalam kalkulator.  Selain itu ia juga digunakan sebagai sumber tenaga bagi kenderaan di angkasa, teleskop, dan sesetengah kereta yang berkuasa solar.
2.    Faktor yang mempengaruhi pengaratan besi.
Antara faktor yang mempengaruhi pengaratan besi ialah:
-       Kehadiran air dan udara
Air dan udara adalah syarat utama dalam pengaratan. Jika salah satu daripada dua ini tiada, maka pengaratan tidak akan berlaku. Oleh itu ia sangat mempengaruhi proses pengaratan.
-       Larutan pH.
Besi lebih mudah berkarat dengan kehadiran asid. Kehadiran larutan yang berpH rendah seperti hidrogen sulfida dan nitrogen dioksida dalam udara khususnya di kawasan perindustrian menyebabkan binaan besi lebih mudah berkarat.
-       Kehadiran garam.
Garam juga boleh mempercepatkan proses pengaratan. Contohnya binaan besi berdekatan dengan laut lebih cepat berkarat kerana kehadiran natrium klorida dalam udara.
-       Kehadiran logam yang kurang reaktif.
Jika besi bersentuhan dengan logam yang kurang reaktif seperti timah, perak, dan kuprum dengan kehadiran udara dan air, maka pengaratan akan lebih cepat berlaku daripada biasa.
-       Tekanan pada besi.
Besi yang diberi tekanan yang lebih akan lebih mudah berkarat. Hal ini kerana, jika adanya tekanan yang tinggi, maka ini akan menyebabkan besi lebih mudah pecah dan ini akan mendedahkan permukaan dalam besi dengan udara dan air. Akan lebih banyak lagi permukaan besi yang terdedah dengan udara dan air dan proses pengaratan akan lebih cepat berlaku.
3.    Bincangkan kaedah untuk mengelakkan pengaratan besi.
Antara kaedah untuk mengelakkan pengaratan besi ialah seperti:
-       Pengaloian.
Proses ini dilakukan untuk meningkatkan rintangan terhadap kakisan. Contohnya dengan mengaloikan besi dengan kromium dan nikel membentuk keluli nirkarat dan membentuk lapisan oksida kromium. Pengaloian akan menyebabkan logam itu menjadi kuat dan susah retak.
-       Menggunakan lapisan cat, minyak/ gris, dan plastik.
Lapisan cat, minyak/ gris, dan plastik digunakan untuk menutupi permukaan besi daripada bersentuhan dengan udara dan air di atmosfera. Lapisan cat biasa digunakan untuk bahan yang tidak bergesel seperti objek besi, keluli besar, kereta, kapal, dan jambatan. Lapisan minyak atau gris pula biasanya digunakan di jentera berat. Lapisan plastik pula biasa digunakan untuk melapis dawai rumah dan penggantung baju.
-       Menggunakan logam yang kurang elektropositif.
Proses ini akan mencegah besi yang disadur dengan logam timah, perak atau kuprum daripada terdedah kepada air dan udara. Walaubagaimanapun, jika lapisan ini terguris, maka pengaratan akan berlaku dengan cepat. Contoh penggunaan cara ini adalah seperti penyaduran besi dengan timah dalam pembuatan tin makanan.
-       Penggunaan logam yang lebih elektropositif.
Penggunaan logam yang lebih elektropositif akan menyebabkan logam yang berada di lapisan luar itu menjadi logam yang dikorbankan. Logam yang lebih elektropositif lebih mudah terkakis dan ini menyebabkan logam yang dilapis (di dalam) selamat daripada pengaratan. Dalam proses ini, logam yang lebih elektropositif menjadi anod manakala logam yang kurang elektropositif menjadi katod. Proses ini juga dikenali sebagai penggalvanian. Contohnya, besi disadur dengan zink seperti dalam pembuatan atap rumah.

SYNTHESIS (higher level)

Verb
Meaning
Compose


To be form from a group substances or parts.

Set up
-       A way of organizing and arranging something.
-       All the parts that work together in the system.
Hypothesis
An idea that is suggested as a possible way of explaining a situation.
Invent
-       To make ‘design’ or produce something new for the first time.
-       To think of an idea usually in order to deceive people.

Incorporate
To include something as part of a group, system and plan.
Generalize
-       To make a general statement about a number of different things or people without mentioning any details.
-       To form a general principle of opinion after considering only a small number of facts or example.
Originate
-       Formal to start, to develop in a particular place or from a particular situation.
-       To have an idea for something and start it.
Contrive
-       To arrange an event or situation in a clever way, especially, secretly or by deceiving people.
-       Formal to succeed in doing something in spite of difficulties.
Concoct
To invent a clever story, excuse, or plan, especially in order to deceive someone.

Formulate
To develop a plan or proposal, and decide all the details of how it will be done.
Systematize.
 To put facts, numbers, ideas into particular order.



Jiwa baru

Peristiwa 18/01/2012 merupakan kemuncak kepada segala yang selama ini ditahan. Basta! Dari detik itu, satu pengukuhan atas segala prinsip yang selama ini dicabuli dan polisi yang selama ini dipandang enteng mula dijalankan. Akan ada perubahan dalam tak nampak.

Zaman kanak- kanak yang sangat dirindui. Aku rindu rumah biarpun baru hari ni sampai di sini. Aku suka dengar lagu- lagu zaman 80-an dan 90-an. Buat aku ingat zaman kanak- kanak dulu. Gumbira! Kegembiraan yang kini sudah hancur lebur. Berusaha dan bertahanlah! Hidup ini mesti dihadapi.

Wednesday, 18 January 2012

My choice

If you have two choices; 1) to walk together with some fellows who always hurt your feeling. 2) to walk alone and people may notice that you have no close friend. what will be your choice? Before this I choose first choice but now I prefer the second choice.
Being alone but no hurt feeling is better that be friend with people who don't respect you, don't appreciate you and actually dislike you.

Monday, 16 January 2012

Some things for today.

There are some things I think about today.
First is about my love. I keep on thinking about him even I know the reality is not as wonderful as my dream. I am not eligible for him. That's for sure. Watching a person that we love every day makes it is so hard to forget that person. That is my problem. But I do remind myself not to defeated by my feeling. I should fight my feeling. I must avoid being close again to him and get as far as I can from him. That's only what I can do. Think rationally, there is no point why I should still love that man. A man that doesn't want me. A man that will never accept me for who I am. What so ever, some day later I will be able to forget him. Erase him completely from my mind and my heart.

Second, about my assignment. I have no idea to do it. Just like it is so difficult for me. I cannot do it if I don't have the guideline. So, just wait and see.

Third, just now I think about what if i will be posted far away from my land. Do I need to ask help from anyone who I know stay at that place? I realize that my rapport with them is not ok. For sure I will not ask for it. I usually stand by my own feet. Even I have to struggle, even there are so many obstacles, but I know I can do it.

Saturday, 14 January 2012

PENULISAN BAHASA MELAYU 1

Tajuk: Kenaikan harga minyak salah siapa?
Sumber: Debat antara YB Dato’ Ahmad Shabery Cheek dan Datuk Seri Anwar Ibrahim (dipetik daripada Mingguan Wasilah 27-2 Ogos 2008)

            Apabila bercakap tentang isu semasa yang berlaku di negara kita masa kini, kita tidak mungkin terlepas untuk bercakap tentang isu kenaikan harga minyak. Isu ini telah menjadi bualan hangat dalam kalangan rakyat dan menjadi isu yang besar dalam politik negara. Pihak pembangkang iaitu Pakatan Rakyat (PR) menuding jari kepada pihak kerajaan bahawa kenaikan harga minyak yang berlaku di negara kita sekarang adalah berpunca daripada kerajaan dan mereka mahu supaya harga minyak diturunkan sebanyak RM 0.50 seliter. Sejauh mana tuduhan ini berasas?
            Apabila munculnya isu kenaikan harga minyak, kita seharusnya merujuk kepada senario yang berlaku di peringkat antarabangsa. Isu kenaikan harga minyak sebenarnya bukanlah isu dalam negara sahaja tetapi ia juga isu antarabangsa. Naiknya harga minyak di negara kita adalah kerana naiknya harga minyak di peringkat antarabangsa. Hal ini disebabkan oleh isu-isu global seperti perang di Iraq, serangan di Iran, permintaan minyak yang tinggi di China dan India dan factor-faktor lain di serata dunia. Negara kita tidak melancarkan sistem tutup pintu seperti yang pernah dilakukan oleh Jepun suatu masa dahulu. Ekonomi negara kita juga bergantung kepada apa yang berlaku di luar sana. Oleh itu, apa saja yang berlaku di peringkat global, kita juga pasti terkena tempiasnya. Justeru itulah kita melakukan beberapa tindakan untuk mengekalkan kestabilan ekonomi kita.
            Harga minyak sebelum ini adalah sebanyak RM1.92 seliter. Jika kita teruskan harga minyak pada harga itu sedangkan harga minyak di peringkat antarabangsa sudah meningkat, apa akan berlaku? Jawapannya di sini ialah kerajaan terpaksa menanggung subsidi yang banyak iaitu sebanyak RM50 billion. Hal ini boleh menyebabkan program-program pembangunan negara berkenaan sekolah, rakyat, infrastruktur dan sebagainya tidak dapat dijalankan. Menaikkan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan sememangnya bukanlah prinsip ekonomi yang sihat. Kita perlu mengakui bahawa kaedah subsidi adalah kaedah yang tidak boleh bertahan lama. Kalau kita terus memberi subsidi yang banyak, kita akan mewujudkan satu keadaan bahawa wang negara yang sepatutnya dilaburkan untuk kepentingan rakyat terpaksa digunakan untuk menampung subsidi minyak yang sebahagiannya akan digunakan oleh orang-orang yang sudah kaya. Syarikat-syarikat seperti EXXON Mobil, SHELL dan sebagainya juga akan mendapat faedah daripada wang rakyat. Kenapa tidak kita berikan wang tersebut terus kepada rakyat seperti yang dilakukan oleh kebanyakan negara maju? Jika kita terus menuduh bahawa semua ini terjadi kerana kelemahan dalam pengurusan, rasuah dan sebagainya, mari kita tanya negara-negara maju lain yang paling rendah kadar rasuahnya seperti Norway dan Findland. Mereka juga tidak mengamalkan sistem subsidi dan nyata sekali ekonomi negara mereka menunjukkan prestasi yang baik. Malaysia juga seharusnya bergerak ke arah itu.
            Kita tidak seharusnya melihat kenaikan harga minyak ini sebagai satu perkara negatif. Kita seharusnya mengkaji dahulu apa puncanya sebelum menuding jari ke  arah orang lain. Jika harga minyak kita murah sekali pun, kita mungkin akan berhadapan dengan kadar inflasi yang tinggi. Kita ambil beberapa buah negara yang harga minyaknya rendah seperti Venezuela dan Iran. Di Venezuela, kadar inflasinya 30%, iaitu yang terburuk dalam negara Amerika Latin. Iran pula kadar inflasi yang kelapan terburuk di dunia sekarang. Kita seharusnya bersyukur kerana walaupun negara  menghadapi krisis minyak, rakyat masih cukup makan. Kita mesti belajar daripada sejarah. Sebelum ini kita pernah menghadapi detik yang lebih sukar iaitu kegawatan ekonomi pada tahun 1997. Sekiranya pada ketika itu kita mengambil jalan keluar yang mudah iaitu memilih untuk menerima tawaran pinjaman kewangan daripada bank dunia iaitu IMF, bayangkan apa yang terjadi dengan negara kita sekarang. Kemungkinan besar masalah ekomoni kita akan makin teruk kerana terpaksa menampung bebanan hutang yang banyak dengan kadar bunga yang tinggi. Kita bernasib baik kerana perdana menteri pada ketika itu iaitu Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad mengambil inisiatif lain iaitu dengan berjimat cermat. Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
            Sebenarnya setiap tindakan yang dilakukan oleh kerajaan semuanya adalah untuk kepentingan rakyat. Krisis minyak yang berlaku sekarang bukanlah yang pertama di negara kita. Kita tidak seharusnya cepat melatah dengan apa yang berlaku. Jika kita singkap kembali sejarah krisis minyak di negara ini, krisis minyak yang pertama berlaku pada tahun 1973 dan 1974. Ianya berlaku selepas perang Yunkipur yang menyebabkan orang-orang Arab di negara-negara Arab berpakat untuk mengenakan tindakan embargo minyak kepada negara-negara yang menyokong Israel pada waktu itu. Rentetan itu, pengeluaran minyak dikurangkan. Pada waktu itu, seluruh dunia mengalami inflasi yang amat teruk. Harga minyak naik mendadak 400% daripada 10 dolar setong hingga 40 dolar setong dalam masa 6 bulan. Di negara kita, bahang krisis minyak juga amat terasa. Pada waktu itulah Tun Abd. Razak menubuhkan PETRONAS walaupun mendapat tentangan daripada sesetengah pihak termasuklah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada ketika itu mengetuai perarakan mahasiswa menentang cadangan Tun Abd. Razak. Usaha kerajaan pada ketika itu untuk menubuhkan PETRONAS bukanlah suatu yang mudah kerana dunia luar menekan kita supaya tidak mengambil hak yang diberikan kepada SHELL oleh British sebelum meninggalkan Tanah Melayu.
            Oleh yang demikian, sebagai rakyat Malaysia kita harus berfikir ke hadapan. Apa sahaja yang berlaku di sekitar kita, kita tidak seharusnya cepat melatah. Setiap masalah perlu dikaji dengan teliti dan tindakan yang kita buat untuk menyelesaikannya mungkin tidak semudah yang disangka. Jika kita sentiasa mahu semuanya senang, mungkin kita tidak akan berjaya mencapai jalan penyelesaian. Kita perlu bersatu padu untuk kemaslahatan rakyat dan mengelakkan pertengkaran dan tuduh-menuduh antara satu sama lain. 

My life.

My life is still the same. Blank dark page. But I should be thankful to God coz at least I still have some friends here. I am getting tired of thinking about other people. Should I care about you all? Do you feed me? No!. That's the answer. I don't mind if you think about me so negatively.