Thursday 14 April 2011

Berakhirnya praktikum 1

1 bulan praktikum di SK Pekan Telipok, macam x terasa. Overall, it is fine and I do have a good experience and sweet moments. Macam tidak percaya, gadis yang bersuara halus ini boleh mengajar seramai 49 orang murid dalam satu masa yang sama. First experience praktikum kira ok la..Hari ni bergambar dengan murid- murid, nasib baik saya tak emosional plak..so, no babak nangis..hehe..

Lepas ni, terpaksa balik semula kepada rutin asal yang membosankan. Stress dengan kerja kursus yg tak pernah sudah. Nothing so attractive di kelas tu..huhu...so, teda semangat untuk pi kelas hari isnin..Ada yang lebih attractive di sini..haha..But, kena tinggal suma tu...apa leh wat, masa dah tamat..

Wednesday 13 April 2011

Hati yang berbunga- bunga

Senyum sendiri tanpa sebab, masalah ditolak sepi, hidup nampak sungguh indah, hari- hari penuh semangat. Itu maknanya orang tu dah jatuh cinta. Hati penuh dengan bunga- bunga. Tapi kalau untuk beberapa jam saja lagi macam mana? Oleh itu, hargailah setiap detik yang tinggal. Mungkin ini semua memang sementara, tapi jika ia sesuatu yang indah apa salahnya berangan- angan? Mungkin nampak sungguh mustahil tapi abaikan saja, asal kita gembira dan tahu batas- batasnya.

Tuesday 5 April 2011

Penat.

Penat menjadi seorang yang berusaha sehabis daya tapi semuanya sia- sia. Penat menjadi seorang yang rajin tetapi selalu dilabel dengan banyak kelemahan dan keburukan. Penat menjadi begini yang nampaknya semua tidak kena. Saya penat! Cukup penat! Saya penat menghadapi situasi yang teruk ini berulang kali. Jatuh, bangun semula, motivasikan diri tetapi hakikatnya sama juga! Suasana tidak penah berubah dan nampak seperti tidak akan berubah. Seperti tiada apa yang dapat diubah walaupun sebenarnya banyak yang perlu diubah. Kenapa saya begini? Kenapa saya tidak macam orang lain? Kenapa orang lain boleh buat begitu? Saya tidak boleh buat begitu? Atau sememangnya saya begini? Dan akan terus begini? Bolehkah saya buat sesuatu yang saya suka dan saya pakar supaya pandangan orang lain terhadap saya tinggi? Lalu saya tidak perlu bersedih lagi kerana kegagalan yang berulang kali. Kadang- kadang saya rasa penilaian manusia selalu silap. Walaupun orang itu tidak tulus tetapi asalkan dia punya kelebihan yang membuatkan apa yang dilakukannya cemerlang, maka dia akan dapat pujian berbanding orang yang punya keikhlasan dalam pekerjaan cuma hasil kerjanya tidak cemerlang disebabkan kelemahannya sendiri walaupun dia sudah sangat berusaha. Rasa persis jatuh ke dalam jurang yang dalam.. Apa yang perlu saya buat?..................

Saturday 2 April 2011

2 perkara.

Ada dua perkara yang mungkin boleh dikongsi bersama.
1. Jangan hilangkan sesuatu yang kamu sentiasa ada pada ketika kamu kehilangan banyak perkara.
2. Berkasihlah pada yang sudi.

**************************************************************
1. Jangan hilangkan sesuatu yang kamu sentiasa ada pada ketika kamu kehilangan banyak perkara.
     Sekiranya pada ketika kamu kehilangan banyak perkara seperti ditinggalkan kekasih, sahabat atau pun orang  tersayang, ataupun baru sahaja rasa down yang teramat, kamu masih mempunyai sesuatu bersama kamu yang setia bersama kamu walau di saat kejatuhan kamu, maka jangan sesekali kehilangannya. Itulah perkara yang paling berharga. Jangan pula apabila kamu mendapat banyak perkara baik dalam hidup kamu, kamu melupakannya.

2. Berkasihlah pada yang sudi.
    Jika ingin berkasih, biarlah pada yang sudi. Jika kamu ingin mencintai, biarlah mencintai orang yang sudi menerima cinta kamu. Jangan sebaliknya, kerana ianya hanya akan menyakitkan kamu sendiri. Jika ingin bersahabat, bersahabatlah dengan orang yang sudi menerima kamu sebagai sahabat. Jika tidak sudi, maka janganlah. Segala kebaikan kamu hanya akan menjadi keburukan di matanya.