Tuesday 5 April 2011

Penat.

Penat menjadi seorang yang berusaha sehabis daya tapi semuanya sia- sia. Penat menjadi seorang yang rajin tetapi selalu dilabel dengan banyak kelemahan dan keburukan. Penat menjadi begini yang nampaknya semua tidak kena. Saya penat! Cukup penat! Saya penat menghadapi situasi yang teruk ini berulang kali. Jatuh, bangun semula, motivasikan diri tetapi hakikatnya sama juga! Suasana tidak penah berubah dan nampak seperti tidak akan berubah. Seperti tiada apa yang dapat diubah walaupun sebenarnya banyak yang perlu diubah. Kenapa saya begini? Kenapa saya tidak macam orang lain? Kenapa orang lain boleh buat begitu? Saya tidak boleh buat begitu? Atau sememangnya saya begini? Dan akan terus begini? Bolehkah saya buat sesuatu yang saya suka dan saya pakar supaya pandangan orang lain terhadap saya tinggi? Lalu saya tidak perlu bersedih lagi kerana kegagalan yang berulang kali. Kadang- kadang saya rasa penilaian manusia selalu silap. Walaupun orang itu tidak tulus tetapi asalkan dia punya kelebihan yang membuatkan apa yang dilakukannya cemerlang, maka dia akan dapat pujian berbanding orang yang punya keikhlasan dalam pekerjaan cuma hasil kerjanya tidak cemerlang disebabkan kelemahannya sendiri walaupun dia sudah sangat berusaha. Rasa persis jatuh ke dalam jurang yang dalam.. Apa yang perlu saya buat?..................

No comments:

Post a Comment