Saturday 2 April 2011

2 perkara.

Ada dua perkara yang mungkin boleh dikongsi bersama.
1. Jangan hilangkan sesuatu yang kamu sentiasa ada pada ketika kamu kehilangan banyak perkara.
2. Berkasihlah pada yang sudi.

**************************************************************
1. Jangan hilangkan sesuatu yang kamu sentiasa ada pada ketika kamu kehilangan banyak perkara.
     Sekiranya pada ketika kamu kehilangan banyak perkara seperti ditinggalkan kekasih, sahabat atau pun orang  tersayang, ataupun baru sahaja rasa down yang teramat, kamu masih mempunyai sesuatu bersama kamu yang setia bersama kamu walau di saat kejatuhan kamu, maka jangan sesekali kehilangannya. Itulah perkara yang paling berharga. Jangan pula apabila kamu mendapat banyak perkara baik dalam hidup kamu, kamu melupakannya.

2. Berkasihlah pada yang sudi.
    Jika ingin berkasih, biarlah pada yang sudi. Jika kamu ingin mencintai, biarlah mencintai orang yang sudi menerima cinta kamu. Jangan sebaliknya, kerana ianya hanya akan menyakitkan kamu sendiri. Jika ingin bersahabat, bersahabatlah dengan orang yang sudi menerima kamu sebagai sahabat. Jika tidak sudi, maka janganlah. Segala kebaikan kamu hanya akan menjadi keburukan di matanya.

No comments:

Post a Comment